Kenapa Lama Sangat Mencari Vaksin Covid 19




Kini seluruh dunia sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin bagi mencegah jangkitan wabak Covid 19. Namun begitu, persoalannya sampai bila kita menunggu vaksin yang boleh mencegah Covid-19? Mengapa mengambil begitu lama untuk mencari vaksin? 


Untuk pengetahuan anda para penyelidik di seluruh dunia masih berusaha untuk membangunkan vaksin Covid. Seperti Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, kerajaan tersebut telah berusaha membuat vaksin dengan kerjasama  di sebuahsyarikat bioteknologi Moderna,yang berpusat di Cambridge Massachusetts.


Untuk menguji vaksin ini, Amerika Syarikat telah menjalani percubaan kepada seorang ibu yang berusia 45 tahun dan mempunyai dua orang anak, beliau dikenali sebagai Jennifer Haller.-sumber

Pada tahap percubaan pertama vaksin ini akan diuji pada 45 lelaki dan wanita berusia antara 18 hingga 55 tahun. Kemudian mereka akan menerima dos kedua pada hari ke-28 selepas percubaan pertama.

Walau bagaimanapun, vaksin ini diperlukan 12 hingga 18 bulan untuk vaksin ini digunakan secara meluas, sekirannya berjaya.

Pakar penyakit berjangkit, Dr John Tregoning memberitahu BBC , "Vaksin ini menggunakan teknologi yang sedia ada. Ia dibuat pada  standard yang sangat tinggi. Selain itu vaksin ini menggunakan bahan yang selamat untuk digunakan pada badan manusia, dan mereka yang melakukan eksperimen akan sentiasa dipantau".


Menurut Dr John Tregoning, tujuan membuat vaksin ini bukanlah persaingan antara para saintis, tetapi perlumbaan terhadap penyakit covid-19 demi kepentingan manusia sejagat.

Beliau juga menjelaskan bahawa ujian ini mengambil masa selama tiga bulan bagi menyelesaikan fasa pertama, iaitu ujian terhadap manusia, dan diikuti dengan ujian klinikal yang boleh mengambil masa sehingga 8 bulan.

Sementara itu, terdapat tiga peringkat ujian vaksin.Yang pertama adalah melibatkan kumpulan kecil yang direka untuk memastikan vaksin ini selamat untuk penggunaan manusia.

Kedua, melibatkan ratusan sukarelawan. Tahap ini masih dipantau oleh saintis bagi memastikan tindak balas badan manusia terhadap vaksin tersebut.

Ketiga, pengujian vaksin ini dilakukan pada kumpulan yang lebih banyak, lebih kurang 1,000 orang atau lebih. Selain diberikan vaksin, kumpulan ini juga akan diberi plasebo untuk menguji keberkesanan vaksin tersebut.


Apa itu Plasebo?  Plasebo adalah kaedah untuk menguji keberkesanan ubat atau rawatan perubatan tertentu sebelum digunakan secara beramai-ramai. Placebo berbentuk seperti pil, suntikan, atau kaedah rawatan lain.

Placebos juga sering dirujuk sebagai ubat kosong kerana "ubat" plasebo tidak mengandungi ramuan aktif yang bertujuan untuk memperbaiki kesihatan pesakit. Orang yang menerima plasebo ini tidak tahu bahawa mereka menggunakan ubat kosong, jadi mereka akan percaya bahawa mereka sedang mengambil vaksin yag sebenar.


Bagi ketiga-tiga ujian ini, ianya akan mengambil masa selama bertahun-tahun. Namun begitu, dengan keadaan dan suasana yang berlaku di dunia kini, kita yakin proses ujian vaksin ini akan dipercepatkan.

Dan bagi mempercepatkan proses ujian vaksin ini, perbelanjaannya juga akan meningkat dengan mengambil kos berbilion-bilion ringgit.

Sekirannya vaksin ini berjaya dibuat, siapakan orang yang pertama menerima vaksin ini? Menurut Dr Kathryn Stephenson dari Pusat Perubatan Deaconess Beth Israel dan Pusat Penyelidikan Virologi berkata, " Biasanya pekerja kesihatan lah yang menjadi kumpulan pertama menerima vaksin ini."


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post