Ikan Paus Sanggup Melompat Ke Batu



Rakaman video mengenai seekor ikan paus kecil cuba melarikan dari daripada gangguan anjing laut, sehinggakan ikan paus itu sanggup melompat ke atas batu demi menyelamatkan dirinya.



Kes ini berlaku di Afika Selatan, dan dirakam oleh seorang lelaki yang dikenali ramai iaitu pro surfer, Jordy Smith. (surfer adalah sukan yang melibatkan gelongsor pada ombak laut) 

Pada mulanya ikan paus ini cuba menyemburkan dakwat mereka gelap pada anjing laut tersebut bagi melepaskan dirinya, namu tidak berjaya. Keadaan yang sangat pantas, tiba-tiba ikan paus kecil ini cuba melompat ke atas batu yang keras, mengakibatkan dirinya cedera. 


Air laut di kawasan itu mula menjadi merah akibat kecederaan ikan paus kecil ini. Selepas ikan ini melompat ke atas batu keras, dia kembali ke air laut akibat kecederaan teruk dan pada masa yang sama anjing laut itu masih mengejar ikan paus kecil tersebut.


Maklumat ini diperolehi melalui instagram beliau iaitu jordysmith88, selain video smith juga memuat naik gambar ikan paus kecil yang cedera akibat melompat ke atas baru yang keras itu. Video ini telah dilihat lebih dari 44 ribu orang di instagram beliau.

4 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. kesiannya luka sampai mcm tu T__T

    ReplyDelete
  2. anjing laut tu nak makan ikan paus tu ye?

    ReplyDelete
  3. Sakitnya!teruk jugak luka ikan paus kecil tu );

    ReplyDelete
  4. Aduh, kesiannya, macam mana pulak luka tu nak sembuh, kalau kena air lambat pula nak pulih. Letak kat darat, mati pulak ikan tu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post