Bayi Baru Lahir Dinamakan Corona?




Kes ini berlaku di sebuah kampung Sohgaura, Gorakhpur, India,  Nitesh Tripathi telah menamakan anak saudaranya dengan nama "Corona". Walaupun nama ini adalah nama virus yang kini sangat popular, namun Nitesh mempunyai alasannya tersendiri.


Gambar Hiasan

Menurut Nitesh, virus corona ini telah menjadi pandemik kepada seluruh dunia dan sekali gus menyatukan semua negara di dunia. Dan virus ini juga telah berjaya membunvh ramai orang.

Tetapi, disebaliknya virus ini telah menjadikan hubungan antara sesebuah negara menjadi lebih baik, dan saling membantu antara satu sama yang lain. Makanya nama bayi yang lahir ini menjadi simbol perpaduan rakyat untuk memerangi kejahatan di dunia ini. 

Nitesh juga menyatakan, dia telah pun meminta kebenaran pada ibu bayi ini iaitu Ragini Tripathi sebelum menamakan bayi perempuan itu dengan nama Corona.-sumber


Untuk pengetahuan anda, sehingga kini virus Corona atau Covid-19 telah membunvh 25,278 orang, dan kes yang dilaporkan di jangkiti  seramai 559,143 orang, manakala kes yang berjaya dipulihkan seramai 128,778 orang. Ini adalah angkah keseluruhan di dunia, dan kini kes yang paling ramai dijangkiti Covid-19 adalah Amerika Syarikat.  -sumber

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa kes yang positif Covid-19 di Malaysia telah bertambah sebanyak 130 orang.

Dan ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dijangkiti di Malaysia meningkat kepada 2,161 orang.Manakala jumlah kemvatian disebabkan oleh Covid-19 terus meningkat kepada 26 orang.

Namun begitu, pesakit Covid-19 yang telah berjaya disembuhkan di Malaysia terus meningkat iaitu 259 orang, termasuk 44 pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj. Semoga negara kita berjaya mengatasi masalah wabak Covid-19 ini, stayhome dan teruskan berdoa.

1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. aku pun bagi nama kucing aku "kobek nanti"

    ReplyDelete
Previous Post Next Post