Kisah Inspirasi kali ini berlaku di negara jiran kita iaitu negara Vietnam. Kisah seorang nenek yang berusia 85 tahun, yang sanggup menghabiskan berjam-jam di dalam air laut untuk menjual makanan laut demi memilihara anak kesayangnya.
Nenek ini dikenali sebagai Nguyen Thi Ro, Nguyen mempunyai seorang anak perempuan yang mengalami penyakit mental, yang berusia 61 tahun. Nguyen sangat dipuji oleh penduduk di kawasan perumahannya, kerana tidak mementingkan diri sendiri. Dan sanggup memelihara anaknya walau pun dalam keadaan usia tua.
Suami Nguyen telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Dan semenjak itu, Nguyen terpaksa mencari rezeki dengan mencari kerang dan makanan laut yang lain, dan menjualnya kepada penduduk di kawasan tersebut.
Nguyen menghabiskan masanya berjam-jam berendam di dalam air laut untuk mengumpul lebih banyak makanan laut. Namun begitu, kerana usianya 85 tahun, dia hanya mampu mendapatkan beberapa kilogram sahaja pada satu masa (satu hari)
Dengan hasil jualan makanan laut itu, Nguyen akan membeli makanan dan ubat-ubatan serta keperluan lain untuk meneruskan kehidupannya dia dan anak perempuannya.
Kadang kala apabila hasil makanan laut tidak dapat dijual. Nguyen akan membawa makanan tersebut rumanya, sebagai makanan mereka pada hari itu.
Disebabkan usia Nguyen yang sangat tua, beliau sering merasa letih selepas sehari berada di dalam air laut. Selain itu kulit Nguyen akan merasa gatal dan bersisik kerana terlalu lama berada di dalam air laut yang keruh.
Demi mencari rezeki dam menampun kehidupan mereka seharian, Nguyen terpaksa menerima keadaan dirinya, dengan hanya menggaru kawasan yang gatal itu, dan esok pagi kembil semula ke air laut.
Bagi membantu kehidupan Nguyen dan anaknya, penduduk yang tinggal di kawasan itu akan membeli kesemua hasil makanan laut Nguyen setiap kali Nguyen menjualnya.-sumber
Itulah kisah seorang nenek yang berusia 85 tahun, semoga ia memberi pengajaran kepada anda untuk menjalani kehidupan seharian. Jangan lupa share dan like artikel ini.
Tags:
Kisah Inspirasi
ya Allah dalam air..Subahanallah..ragama manusia di muka bumi Mu ya Allah
ReplyDeletedatang follow ya
ReplyDeleteinilah kisah kasih sayang tanpa syarat
ReplyDelete