Kenapa Wabak Virus Corona Semakin Meningkat?



Ramai orang luar di sana, tertanya Kenapa Wabak Virus Corona Semakin Meningkat? Jawapannya ialah Manusia semakin hari semakin ramai. Penduduk global kini telah mencapai 7.7 bilion orang, dan kita hidup semakin dekat antara satu sama lain.


Kenderaan manusia yang lebih cepat - dengan perjalanan kapal terbang kira-kira 4.5 bilion orang setahun - dan corak makan dengan penggunaan haiwan, termasuk haiwan liar - menyumbang faktor penyebaran virus.

30 Januari 2020

Lebih ramai orang di tempat yang sempit bermakna meningkatkan risiko pendedahan kepada penyakit. Coronavirus yang bermula di Wuhan tersebar di antara manusia dari cecair yang keluar apabila pembawa virus iaitu batuk atau bersin.

Keupayaan virus untuk bertahan di luar tubuh manusia hanya sekejap, dan penghantaran berlaku apabila orang berada berhampiran antara satu sama lain.


Pada tahun 2014, wabak Ebola merebak melalui darah dan cecair badan, hanya mereka yang sangat rapat sahaja akan dijangkiti.

Tidak semua virus dihantar dari manusia ke manusia. Tetapi virus seperti Zika, yang merebak dari nyamuk kepada manusia akan menjadi lebih mudah apabila kita hidup berdekatan.

Sejak tahun 2007, semakin banyak orang telah tinggal di kawasan bandar, lebih daripada 4 bilion orang.

Nyamuk Zika mendapat manfaat kerana serangga ini berkembang pesat di kawasan bandar yang padat, hangat dan lembap. Sebaliknya, tidak semua bandar-bandar bersedia menyediakan perumahan yang mencukupi untuk penduduknya.

Begitu ramai orang terpaksa tinggal di kawasan kumuh tanpa air bersih atau sistem pembetungan yang baik. Dalam keadaan ini, penyakit itu lebih mudah menyebar dengan cepat.

Kemudahan kenderaan seperti pesawat, kereta api dan kereta, virus tersebut boleh menjadi lebih mudah tersebar di beberapa bahagian di dunia dalam masa kurang daripada satu hari.

Selepas beberapa minggu wabak Coronavirus diisytiharkan, kes jangkitan virus ini, telah dijumpai di lebih daripada 16 buah negara. Itu hanya beberapa minggu, belum lagi beberapa tahun.


Menrut kajian pada tahun 2019, 4.5 bilion manusia akan mengembara dengan menggunakan kapal terbang, sedangkan 10 tahun yang lalu bilangannya ialah 2.4 bilion. Dengan perbezaan angka ini, menunjukkan bertapa mudahnya virus akan merebak jika tidak di tangani segera.


Wuhan adalah stesen utama kereta api di China, wabak ini lebih cepat merebak kerana masa dan tempatnya sangat bersesuaian. Untuk pengetahuan anda lebih daripada tiga bilion orang yang mengembara di China untuk perayaan Tahun Baru Cina.

Dengan zaman yang berteknologi tinggi, dunia kita semakin mudah untuk berhubung, namun begitu, hakikatnya kita masih tidak mempunyai sistem kesihatan global yang mampu mengatasi wabak ini.

Untuk mengelakkan wabak ini, kita masih bergantung kepada kerajaan di negara asal wabak tersebut. Jika mereka gagal, seluruh planet berada dalam bahaya.


Sebagai contoh Afrika Barat semasa wabak Ebola. Sistem kesihatan di Guinea, Liberia dan Sierra Leone gagal mengatasi virus tersebut sehingga virus ini membunuh 11,310 orang di Afrika Barat.

Kita harapkan wabak Coronavirus ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak negara china dan seluruh dunia. Nampaknya setiap negara di dunia ini akan bersatu padu bagi mengatasi masalah wabak ini. Kita doakan ya!

1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post