Harga strawberry yang asalnya dari jepun paling mahal, bukan sekilogram tapi setiap sebiji starwberry iaitu lebih kurang 1.080 yen atau dalam Ringgit Malaysia RM40.76.
starwberry yang mahal ini dijual di salah satu pasaraya di negara Jepun yang dikenai sebagai Isetan. Strawberi ini dituai dari rantau Miyaki dan nama starwberry ini lebih dikenali sebagai Migaki Ichigo Platinum.
Migaki dalam bahasa Jepun bermakna digilap manakala Ichigo bermaksud strawberi. Buah ini kelihatan sangat berkilat dengan warna merah yang sangat cerah dan terang.
Strawberi yang mahal juga dibungkus dalam bekas yang khas. Dan kelihatan sangat istimewa berbanding dengan strawberi yang hanya diletakkan dalam bekas biasa.
Apa rasa starwberry ini? Sampai mahal macam tu? Dilaporkan bahawa strawberi ini mempunyai rasa yang sangat manis, dan sangat lembut. Strawberi mahal ini juga dihasilkan oleh petani strawberi yang sangat mahir dalam menggunakan teknologi pertanian yang terkini bagi menghasilkan starwberry yang berkualiti tinggi.-sumber
Tags:
info
Tak sanggup nak beli dan makan 😅
ReplyDelete