Kehilangan berat badan bukan sekadar menguruskan diet anda. Terdapat cara yang boleh membantu menjadikan badan anda lebih langsing.
Terdapat beberapa cara yang mungkin tidak difikirkan untuk membantu mengurangkan berat badan atau menurunkan berat badan anda sebelum tidur.
Suhu bilik sejuk
Pakar mencadangkan suhu bilik sekitar 18 darjah pada waktu malam boleh meningkatkan metabolisme anda.
Penyelidikan menunjukkan, tidur di dalam keadaan suhu bilik yang sejuk, tubuh dapat membakar lebih banyak tenaga untuk mengekalkan haba. Inilah sebabnya apabila anda bangun pada waktu pagi anda akan berasa lebih kurus.
Tidur mengikut masa
Menurut kajian, jadual tidur yang tidak terkawal memberi kesan berat badan yang berlebihan.
Jika anda berjaga pada waktu malam, tentu saja apabila anda bangun pada waktu pagi, anda akan merasa tubuh badan anda berasa letih. Itulah sebabnya anda mempunyai potensi untuk makan sesuatu kalori tinggi untuk meningkatkan tenaga di waktu pagi.
Cahaya pada waktu malam
Cahaya yang berlebihan dari alat seperti smartphone boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur di waktu malam.
Cuba simpan smartphone tersebut selama 2 jam sebelum tidur. Tukar tabiat dengan membaca buku kerana cahaya dari alat itu akan membuat anda lebih susah untuk tidur dan merasa letih apabila anda bangun pada waktu pagi.
Senaman Ringan
Senaman adalah cara terbaik untuk melegakan tekanan dan meningkatkan metabolisme tubuh sebelum tidur. Senaman ringan seperti Push up, Lompat bintang, pada waktu malam atau Moutain Climbers sebelum tidur boleh membakar sedikit sebanyak lemak anda.
Jangan lakukan senaman terlalu lama pada waktu malam. Cukup 30-60 minit bagi bertujuan membantu membina otot dan membakar kalori badan anda.
Sumber
Tags:
info
Thanks kongsi tips.. lepas ni blh la amalkan..
ReplyDelete