Penyakit Pelik Tangan Gergasi (7 Gambar)




Kes ini berlaku di negara India, seorang budak lelaki menghidapi penyakit yang pelik iaitu memiliki tangan yang bersaiz gergasi, malah ianya lebih besar daripada kepala budak tersebut.


Budak lelaki ini dikenali sebagai Kaleem, Kaleem mempuntai tangan yang seberat 8 kilogram setiap sebelah dan sebesar 33 sentimeter.

Kaleem berkata,”Saya tidak mahu ke sekolah kerana cikgu beritahu budak-budak lain takut dengan tangan saya.




“Ramai kanak-kanak sering buli dan pukul saya di sekolah. Mereka juga berkata, mari memukul budak tangan besar.”

Kaleem turut mengalami masalah ketika ingin memakai baju, menarik dan menolak seluar, selain membutangkan pakaian dan makan.




“Saya pun tidak tahu sama ada mahu benarkan doktor melakukan pembedahan pada tangan ini.

“Saya tidak mempunyai masalah jika mereka boleh melakukannya tanpa suntikan,” ujarnya.

Pengarah hospital tempatan, Dr Ratan berkata, “Sepanjang pengetahuan saya, kes seperti ini amat jarang berlaku.




“Saya tidak pernah melihat di dalam jurnal perubatan atau internet tentang kes tangan berkembang dengan besar.

“Sehingga kita lakukan ujian genetik yang betul, kita tidak akan dapat mengatakan dengan tepat apa yang menyebabkan kecacatan ini.”



Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan setakat ini mendapati Kaleem berada dalam keadaan sihat seperti kanak-kanak lain.-sumber


1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. mmg tidak pernah nampak sebelum ni.

    btw, sy suda add di bloglist ya. nnti senang blogwalking.

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
Previous Post Next Post