Kisah Inspirasi : Bahaya Kalau Tupperware Isteri Hilang



Kisah Inspirasi kali ini mengisahkan seorang suami yang sanggup kembali ke sekolah anaknya hanya kerana Tupperware. Kepada para suami di luar sana sila ambil iktibar dari kisah ini, bahayanya kalau tupperware isteri hilang.



Kisah ini ceritakan oleh seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh di laman facebook beliau, dan kisah ini telah dikongsikan lebih dari 19 ribu (share).

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,


"Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa."


"Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok."

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,


"Botol air pun tertinggal ayah."


"Sreeettttt!"

Terus aku brek emergency.


"Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?"


"Tak tahu jenama apa."

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,


"Kenapa tu bang?"


"Tertinggal botol air cikgu!" Balasnya dari kejauhan.


"Tupperware ke?" Jerit aku lagi.


"Yaaaaa!"


"Kahkahkah."

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,


"Tertinggal apa cikgu?"


"Nyawa."

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

#MFS

- Wanita bukan makhluk bumi -






Untuk pengetahuan anda, Tupperware yangpertama kali dibuat iaitu pada tahun 1946 oleh Earl Tupper ( 1907 - 1983 ) di Amerika . Beliau membuat bekas plastik yang digunakan menyimpan makanan dan menjadikannya kedap udara.




2 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. Kita pun ada koleksi tupperware. Memang jaga elok2 macam jaga emas tak boleh hilang. Hehehe

    ReplyDelete
  2. sangat faham. pernah tertinggal Tupperware tumbler kat panggung wayang, mak marah seminggu

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
Previous Post Next Post