Doktor Meninggal Dunia Disyaki Terkena Virus Koronavirus



Kes ini berlaku di wilayah tengah China Hubei, seorang doktor perubatan telah meningal dunia disyaki terkena virus koronavirus dan ini mencatatkan kematvan pertama yang melibatkan seorang profesional perubatan sejak penularan wabak itu.


Doktor perubatan itu dikenali sebagai Liang Wudong, seorang pakar bedah di Hospital Jinyintan di wilayah Hubei. Beliau disyaki terkena jangkitan pada minggu lalu, sebelum dia dipindahkan ke Hospital Jinyintan Wuhan untuk mendapat rawatan. 

Dan pada jam 7 pagi, Liang Wudong telah disahkan meningga dunia pada usia 62 tahun. Untuk pengetahuan anda bilangan kes terkini yang berlaku di negara China melebihi dari 1,000 kes.


Lebih daripada 20 hospital di Wuhan China telah menghantar notis untuk memohon bantuan kerana mereka mengalami kekurangan sumber seperti topeng, sarung tangan lateks, gogal perlindungan dan gaun pembedahan.

Menurut suruhanjaya kesihatan Wuhan, pada hari Sabtu pihaknya menyediakan 10,000 katil untuk 24 hospital telah diberikan untuk merawat pesakit. 4,000 daripadanya telah digunankan, manakala 6,000 lagi akan disediakan pada akhir bulan ini. -Sumber

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post