Gambar lawak kali ini mengenai wajah pemain ketika menanduk bola, macam-macam rupa bentuk wajah yang bakal anda lihat. Dalam dunia bola sepak menaduk bola adalah salah satu teknik yang digunakan oleh pemain sama ada untuk pertahanan atau pun serangan.
Tambahan mengenai menanduk bola, walau pun menanduk bola itu mudah, tetapi terdapat beberapa kajian mengenai bahayanya menanduk bola.
Antaranya terdapat satu kajian yang dibuat mengenai menanduk bola di Universiti Stirling di Scotland. Dalam kajian ini, peserta kajian diminta untuk menanduk bola sebanyak 20 kali. Dan selepas sesi itu, peserta kemudiannya mengambil ujian untuk menguji ingatan mereka. Akibatnya, memori peserta kajian berkurang sebanyak 41 hingga 67 peratus. Ini membuktikan menanduk bola boleh menghilangkan ingatan, tetapi ingatan pada jangak pendek sahaja.
Walau pun masalah menanduk bola ini hanya jangka pendek, namun anda perlu mengambil perhatian terutamanya kanak-kanak yang berusia di bawah umur 14 tahun. Sekiranya seorang kanak-kanak atau remaja ingin belajar mengenai teknik mengawal bola dengan baik, ia perlu dilakukan dengan bola plastik terlebih dahulu sehingga kepala dan otak mereka berkembang sepenuhnya.
Itu sedikit sebanyak mengenai menanduk bola, harap ianya dapat menambah sedikit sebanyak ilmu mengenainya. Gambar lawak ini adalah bertujuan untuk menghiburkan para pengujung blog oohsenyum.com, dengan ulasan yang ringkas mengenai sesebuah gambar.
Sekiranya ada berminat koleksi gambar lawak klik di bawah ini.
Gambar Lawak Part 1
Gambar Lawak Part 2
Gambar Lawak Part 3
Gambar Lawak Part 4
Gambar Lawak Part 5
Gambar Lawak Part 6
Gambar Lawak Part 7
Gambar Lawak Part 8
sumber
Tags:
Lawak/Lucu