Sakit Hati Terhadap Pencuri ( 4 Gambar)



Kisah sakit hati seorang lelaki terhadap pencuri. Kisah ini  berlaku di negara Jepun, lelaki ini dikenali sebagai Akio Hatori yang berusia 69 tahun.


Hatori telah menjadi buruan polis kerana dia telah mencuri satu tempat duduk basikal pada 29 Ogos lalu.


Hatori ditangkap selepas rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia membuka tempat duduk sebuah basikal sebelum meletakkan di dalam bakul basikalnya sebelum berlalu pergi.

Nasib Hatori malang, apabila pemilik basikal itu membuat laporan polis yang kemudiannya menyiasat rakaman berkenaan dan mengenalpasti identitinya.


Ketika polis menyerbu rumah Hatori pada minggu lalu, polis menjangkakan menemui satu tempat duduk basikal tetapi mereka menemui 159 tempat duduk berkenaan.
Ketika disoal-siasat, Hatori memberitahu dia kecewa selepas tempat duduk basikalnya dicuri pada tahun lalu dan mahu orang lain merasai kesedihannya itu.

Bagaimanapun, Hatori tidak membuat laporan polis supaya pencuri itu dapat ditangkap sebaliknya dia sendiri yang menjadi pencuri tempat duduk basikal.-sumber

Previous Post Next Post