Kisah inspirasi kali ini adalah mengenai seorang wanita tua yang mempertahankan rumahnya demi memori indah. Rumah wanita ini berada di tengah-tengah sebuah bangunan, dan wanita tua ini dikenali sebagai Edith Macefield.
Rumah Edith berada di antara Northwest 46 dan Avenue 15, Ballard, Seattle, Amerika Syarikat. Rumah kayu itu berada tepat di tengah bangunan Trader Joe dan LA Fitness. Tujuan utaman merobohkan rumah Edith adalah untuk digantikan kepada kompleks komersil pada tahun 2006.
Walau bagaimanapun, Edith enggan menjual rumahnya walaupun ditawarkan wang sebanyak 1 juta dollar Amerika atau dalam Ringgit Malaysia RM4 juta.
Oleh itu ramai penduduk Ballard menganggap Edith sebagai heroin mereka kerana mereka bosan dengan persekitaran bangunan yang mewah di daerah mereka. Pemaju terpaksa membina bangunan 5 tingkat bersebelahan rumah Edith.
Dengan kesungguhan Edith mempertahankan rumahnya, terilhamlah sebuah filem animasi yang bertajuk "UP". Up adalah sebuah filem pengembaraan jenaka animasi komputer 3D Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada tahun 2009, dan diterbitkan oleh Pixar Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures.
Barry Martin adalah penyelia projek pembinaan banguan di persekitaran rumah Edith.
Barry Martin seorang lelaki yang sangat baik, dia sanggup menghabiskan masa untuk Edith terutamanya ketika sakit, memberi makan, memandikan dan membawa doktor untuk merawatnya.
Pada tahun Jun 2008, Edith akhirnya meninggal dunia akibat kanser pankreas. Rumahnya telah diberikan kepada Barry Martin secara percuma, Barry menjual rumah tersebut kepada Greg Pinneo dalam harga 310,000 dollar AS.
Greg kemudian membuat rumah Edith sebagai pejabat bagi syarikat hartanahnya. Pada bulan Oktober 2012, rumah itu menjalani projek pengubahsuaian dan inilah bentuk rumah terkini Edith .
sumber
Tags:
Kisah Inspirasi