Cara Mudah Putihkan Kuku (5 Gambar)



Cara putihkan kuku bukanlah susah sangat, anda hanya perlu ke pasar atau ke dapur anda dan amalkan cara ini selama seminggu, Insy Allah kuku anda akan putih.


Ramai dikalangan kita tidak memberi perhatian terhadap kuku sendiri,  janji potong, nampak bersih ok lah kan. Tak percaya? cuba tengok kuku anda sekarang, apakah ia putih atau kekuningan? 

Di bawah ini adalah beberapa petua atau cara untuk memutihkan kuku anda.  


1. Kulit Limau


Mulai sekarang jangan buang kulit limau. Ini kerana kulit lemau boleh digunakan untuk membuat warna kuku yang kuning menjadi putih bersih. Caranya, belah dua limau nipis, kemudian gosok pada kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Selepas itu, bilas dengan air


2. Lemon


Siapa sangkah buah yang rasanya masam dapat membuat kuku anda lebih bersih dan putih. Buah lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, dan ianya mampu membuatkan kuku anda lebih sihat, cantik dan berkilat. 

Caranya ialah sapukan hirisan lemon pada kuku dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas, sila amalkan cara ini selama seminggu, dan lihat hasilnya. Cubalah!


3. Ubat gigi


Ubat gigi juga boleh membuatkan kuku anda lebih bersih. Caranya adalah cara sama seperti anda mengosok gigi anda, hanya gosokkannya dengan lembut pada kuku anda. Biarkan beberapa minit dan bilas, lihat hasilnya.


4. Bawang Putih


Kupas bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk bawang putih hingga lumat dan gosok pada kuku. Bila sudah selesai, bilas sekali lagi hingga bersih. Kuku anda akan nampak lebih sihat dan serta berkilat. Bawang putih juga berfungsi mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

Sumber

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post