Ini adalah kesan pengambilan Heroin yang sangat berbahaya, terutamanya pada tubuh badan manusia. Gambar lelaki ini diambil sebelum dia ketagih heroin, nampaknya tubuh badannya sangat sihat, tinggi, besar dan kuat.
Namun begitu, akibat pengaruh dari rakan-rakan dia berubah menjadi seorang lelaki yang ketagihan dengan bahan terlarang heroin. Gambar di bawah ini adalah 7 bulan selepas dia mengambil bahan terlarang.
Sebelum itu, untuk pengetahuan anda heroin ini adalah adalah dadah narkotik yg dihasilkan melalui proses abstrak daripada Morfin. Ia berbentuk ketulan-ketulan kecil, kebiasaannya berwarna unggu, coklat, merah jambu, putih, kelabu, oren dan kuning karat menandakan kawasan yang dikuasai oleh sesebuah sindiket pengedaran itu . Heroin juga dikenali atau dipanggil Fit, Ubat, Brown, Pek hoon, Pak ei, minyak, tepung dan lain-lain.
Manakalah Narkotik adalah dadah yang dihasilkan daripada candu, sama seperti Morfin dan kodein yg digunakan untuk tujuan perubatan dalam mengurangkan kesakitan. Heroin juga seperti dadah narkotik lain apabila digunakan secara berterusan bagi jangkamasa panjang akan mengakibatkan kesan kebergantungan (dependence) dan penagihan yang kronik.-sumber
Heroin juga dikatakan ubat penenang yang boleh mengurangkan beberapa fungsi sistem saraf pusat, seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, pernafasan, dan pengurangan suhu badan.
Apabila seseorang berhenti menggunakan heroin, kesannya adalah kesedihan yang melampau dan kemurungan, serta mengalami masalah emosi. Penggunaan jangka panjang heroin telah terbukti menyebabkan kerosakan otak.
Persoalan utamanya adalah bagaimana mengubati orang yang ketagih heroin?
Orang yang ketagih Heroin tidak boleh berhenti secara tiba-tiba tanpa pengawasan doktor atau profesional perubatan lain. Cara terbaik adalah dengan menggunakan beberapa kaedah untuk menguruskan kesan sampingan heroin dan menjaga pesakit dengan baik.
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, KKM, Dr Fazidah Yuswan dalam rawatan penagihan, tiada istilah sembuh atau pulih kerana mereka perlu rawatan yang berterusan sepertimana pesakit kronik darah tinggi ataupun kencing manis.
Antara hukuman di Malaysia.
Seksyen 39A(1) dan 39A(2) di dalam ADB menyenaraikan peningkatan penalti jika dadah yang dimiliki melebihi berat yang tertentu. Sebagai contoh:
Jika anda didapati bersalah memiliki diantara 2-5 gram heroin, seksyen 39A(1) menyatakan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara 2-5 tahun dan 3-9 sebatan.
Di samping itu, jika anda didapati bersalah memiliki lebih dari 5 gram heroin, anda boleh dijatuhi hukuman penjara 5 tahun hingga ke seumur hidup dan minimum 10 sebatan di bawah seksyen 39A(2).
Hal ini bermaksud, jika anda bersalah memiliki dadah di bawah seksyen 39A(2) atau mengedar dadah, mahkamah tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk melepaskan anda dengan jaminan tetapi anda akan ditahan reman sehingga perbicaraan tamat.
Tempoh tahanan reman boleh menjangkau masa yang lama (tidak kurang dari setahun) kerana proses perbicaraan turut memakan masa. (sila rujuk sini untuk lebih lanjut)
Tags:
info