Kisah Inspirasi kali ini mengisahkan pasangan suami isteri yang sanggup mengumpul botol plastik demi menampung perbelanjaan anak mereka untuk pergi ke Universiti. Pasangan ini dikenali Jiagu Zhu dan isterinya Jianying Liu. Mereka tinggal di kawasan bandar bandar Hengyang, Wilayah Hunan, China.
Setiap tahun, mereka berjaya memproses kita semula sehingga 20 tan botol plastik atau 900,000 botol plastik. Selain itu mereka juga mengendalikan bahan berasaskan plastik yang boleh dikitar semula, yang juga boleh mencapai 20 tan setahun.
Bagaimana mereka mengumpul begitu banyak botol plastik? Menurut Jiagu Zhu, dia akan mulakan harinya dengan berjalan di kawasan tepi jalan raya atau lorong-lorong yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melalui jalan tersebut. Manakala isterinya pula berada di kilang untuk mencuci dan memisahkan botol plasti agar dapat membuat proses selanjutnya.
Tags:
Kisah Inspirasi