Kisah inpirasi kali ini mengenai berfikir di luar kotak, "VanMoof" adalah pengeluar basikal Belanda yang menjual basikalnya sebanyak $ 3,000 dollar setiap satu.
Vanmoof kini mengalami masalah penghantaran yang mengakibatkan ramai pelangan mereka tidak berpuas hati disebabkan terdapat kerosakan apabila sampai ke tanggan pelangan mereka.
Sejak pelancaran pembungkusan baru tahun lepas, syarikat VanMoof menyaksikan kerosakan sebanyak 80% dalam penghantaran mereka. Oleh yang demikian, mereka cuba mencari idea bagi mengurangkan kos kerosakan.
Dan akhirnya mereka mendapat idea, dengan cara membuat bungkusan basikal mereka seperti bungkusan "TV". Ini bertujuan agar basikal mereka tidak mengalami kerosakkan dengan muda, dan kelihatan seperti bahan yang mudah pecah.
Walaupun dengan bungkusan baru, syarikat ini masih mengekalkan ketelusan dengan mengisytiharkan kandungan sebenar disetiap kotak. Dan hasilnya sangat mengagumkan, mereka mendapati laporan kerosakan terus menurun.
Gambar di bawah adalah hasil idea mereka "berfikir di luar kotak".-sumber
Tags:
Kisah Inspirasi