Kisah ini berlaku di daerah Ohio Amerika Syarikat, seorang remaja muslimah telah berjaya mencata masa terpantas dalam acara larian peringkat daerah di Ohio sepanjang 5 kilometer. Beliau dikenali sebagai Noor Alexandria Abukaram, yang berusia 16 tahun.
Pelajar Sekolah Tinggi Slyvania Northview ini telah menyertai acara merentas desa dan menamatkan larian tanpa sebarang masalah, namun begitu, dia dimalukan apabila penyertaannya itu terbatal kerana memakai tutup kepala.
Dia dan rakan-rakannya diperiksa pemakaian sebelum larian dimulakan tetapi dia diberitahu mengenai hijabnya itu selepas tamat larian.
Menurut Noor Alexandria "Hijab adalah sebahagian daripada saya. Mereka beritahu saya untuk berlari tanpa memakai hijab, ia sebenarnya memberitahu saya supaya jangan berlari,"
"Saya pasti ia digunakan oleh orang ramai yang mempercayai agama masing-masing."
Tambahnya: "Sesiapa yang memakai hijab atau memakai pakaian mengikut agama tidak perlu diketepikan sama ada berlari atau tidak."
Noor Alexandria mendakwa, rakan perempuannya diberitahu supaya menukar seluar pendek kerana tidak bersesuaian sebelum pertandingan, tetapi tiada siapa yang memaklumkan kepadanya mengenai hijab yang dipakai.
"Kenapa mereka tidak memberitahu saya bahawa pakaian ini satu pencabulan seperti mereka memberitahu kepada rakan perempuan dalam pasukan? Kenapa mereka tidak menghormati saya seperti orang lain?
Ohio’s High School Athletic Association (OHSAA) menyatakan dalam buku peraturan mereka bahawa penutup kepala, seperti topi diharamkan, tetapi ia tidak menangani hijab secara khusus.
Seorang wakil OHSAA memberitahu bahawa pelari merentas negara dibenarkan menyertai pertandingan dengan memakai topi beragama selagi mereka mendapat pengecualian dari OHSAA dan menyerahkannya kepada ibu pejabat sebelum perlumbaan bermula.- Sumber
Tags:
Kisah Inspirasi