Seorang perompak bersenjata mencium dahi seorang warga emas dalam kejadian rompakan di Timur Laut Brazil. Warga emas ini cuba menawarkan wang kepada seorang perompak, namun perompak tersebut tidak memerlukannya malah menciumnya di dahi warga emas tersebut.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), perompak bersenjata itu dilihat bercakap dengan seorang wanita tua sementara rakannya pula menggeledah premis farmasi berkenaan.
Menurut pemilik farmasi, Samuel Almeida, perompak tersebut menyerbu masuk premisnya dan memaksa pekerjanya menyerahkan kesemua wang yang mereka ada.
Kata Samuel, ketika itu wanita tua berkenaan menghampiri salah seorang perompak dan meminta mereka mengambil wangnya, namun perompak itu menolak dan mencium dahi wanita itu sambil berkata: “'Tidak, ma'am, awak hanya perlu diam, saya tak mahu duit anda”.
Menurut Samuel, mereka melarikan AS$240 (RM1,003) bersama beberapa barangan lain. Susulan kejadian itu, anggota polis tentera kini sedang giat memburu suspek di kawasan kejiranan terbabit. – sumber
Tags:
Berita