Bukan satu je yang menang tau, tetapi lebih dari 10 orang yang menjadi pemenang jurugambar alam sekitar CIWEM pada tahun 2019 ini. Dan pertandingan ini di sokong penuh oleh UN Environment, Arup dam Olympus UK.
Hasil gambar dari jurugambar alam sekitar CIWEM kali ini telah memberi impak yang dahsyat, menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku pada dunia kita kini dari akibat tanga manusia itu sendiri. Dalam masa yang sama segelintir manusia cuba sedaya upaya untuk menjadikan planet kita kekal dan bertahan lama.
Sebelum itu, mesti korang nak tahu apa itu CIWEM? CIWEM adalah dari singkatan bagi Chartered Institution of Water and Environmental Management. CIWEM ini adalah mewakili dan menyokong sebuah komuniti yang mempunyai ahli beribu-ribu orang berserta organisasi yang lebih dari 89 buah negara. Ianya bertujuan untuk memperbaiki pengurusan air dan alam sekitar demi kepentingan orang ramai.
Matlamat mereka adalah untuk berusaha ke arah dunia yang lebih selamat dan sustainable. Misi mereka adalah untuk membina masyarkat yang bersikat profesional terhadap masalah air dan alam sekitar dunia demi kepentingan orang ramai.-sumber
Gambar di bawah adalah senarai pemenang bagi pertandingan jurugambar alam sekitar CIWEM pada tahun 2019. Cuba anda perhatikan betul-betul gambar di bawah ini, sangat mendalam makna walau pun hanya sebuah gambar.
Air deras menyebabkan seorang nelayan dibawa arus keluar dari rumahnya di bandar Mumbai, India. Mujur dia berjaya diselamatkan oleh rakan-rakannya. Keadaan kawasan Mumbai berisiko mengalam banjir terutamanya di kawasan tepi sungai dan pantai.(Foto oleh SL Shanth Kumar / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Pokok tumbang akibat gelombang air laut di Funafuti di Tuvalu. Untuk pengetahuan anda hakisan tanah selalu menjadi masalah bagi negara Pasifik Selatan tetapi masalah semakin meningkat apabila paras laut meningkat. Laut yang semakin meningkat akan mengakibatkan hampir sepenuhn kepulauan yang kecil diserap laut. (Foto oleh Sean Gallagher / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Pada 1 Januari 2018 Mexicali adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling tercemar di dunia kerana perubahan iklim, lokasi geografi, industri dan kereta. (Foto oleh Eliud Gil Samaniego / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Seorang budak lelaki terpaksa minum air kotor oleh kerana kekurangan mata air di kawasan mereka, yang disebabkan oleh penebangan hutan. Kekurangan air bersih sangat meningkatkan risiko penyakit seperti taun, typhoid fever (demam kepialu) dan dysentery, serta other water-borne tropical diseases.. (Foto oleh Jurugambar Alam Sekitar Dharshie Wissah / CIWEM Tahun 2019)
Ala kasiannya badak ini, sebelum anda menilai yang bukan-bukan. Ini adalah tugas mereka, memotong tanduk badak untuk melindungi badak tersebut daripada menjadi buruan bagi pemburu haram. Mereka akan memotong tanduk badak ini setiap 12 - 24 bulan sekali. (Foto oleh Neville Ngomane / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Beribu-ribu orang miskin datang ke ibukota, Dhaka, untuk mencari pekerjaan setiap tahun. Ramai yang terpaksa berkerja berat seperti membawa arang batu di kepala mereka. (Foto oleh Yousuf Tushar / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Seorang wanita yang letih dan tertidur di tebing sungai yang kotor. (Gambar oleh Amdad Hossain / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Pembersihan bawah air di Bosphorus, Istanbul, Turki sebagai sebahagian daripada projek Blue Zero Waste. (Foto oleh Sebnem Coskun / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Dan gambar terakhir, ini adalah tapak pelupusan sampah Sisdol di Nepal. Pemungut sampah akan ke kawasan ini sepanjang hari bagi mencari bahan atau barangan yang berharga untuk dijual. Tempat pelupusan sementara ini terletak berhampiran kawasan Kathmandu dan telah beroperasi sejak tahun 2005. (Foto oleh Valerie Leonard / CIWEM Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2019)
Tags:
Seni Visual