Kostum Halloween kali ini sangat menarik, dan ianya dibuat khas untuk budak atau kanak-kanak yang berusia 6-7 tahun. Kostum Halloween anak ini dibuat oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Ohio Stephanie Pokorny.
Setiap kali perayaan halloween, ibu yang berbakat ini akan membuat kostum halloween yang istimewa untuk anaknya. Menurut beliau setiap tahun dia akan memberi peluang pada anaknya untuk memilih kostum halloween yang mereka minat. Dan dari situlah, bermulanya pembuatan kostum halloween oleh Stephanie.
Stephanie sangat gembir apabila berjaya membuat kostum halloween yang diminati oleh anaknya, dan dia sangat gembir melihatnya.
Menurut Stephanie juga, semasa dia kecil ibunya selalu membuatkan kostum halloween yang dia minati. Dan kali ini Stephanie pula membuat untuk anaknya. Terdapat banyak lagi yang telah dihasilkan oleh Stephanie, sekirannya anda berminat sila ke laman website beliau yang dikenali sebagai Crochetverse.
Gambar di bawah adalah koleksi kostum halloween yang dibuat oleh Stephanie untuk anaknya sepanjang perayaan halloween.
Untuk pengetahuan anda Menurut The World Book Encyclopedia, Halloween berasal daripada perayaan Samhain, iaitu perayaan yang disambut oleh orang Celt sejak lebih 2,000 tahun yang lalu. Buku itu menyatakan, “Orang Celt percaya bahawa orang mati akan kembali bersama orang yang masih hidup semasa perayaan ini dibuat.-sumber
Tags:
Lawak/Lucu