Pada zaman sekarang, pelbagai bentuk kek yang telah tercipta dan bentuk kek tersebut sangat lah menarik, unik dan pelik. Contohnya ada yang berbentuk beg, kayu, gelas, binatang dan banyak lagi. Boleh dikata apa saja bentuk yang kita boleh lihat, maka kek pun seperti itu.
Tidak hairanlah ramai antara kita berebut-rebut mengambil peluang untuk berniaga dalam bidang pembuatan kek. Sebabnya masa depan penigaan seperti ini amatlah cerah. Selagi manusia boleh makan.....selagi itulah kek boleh dijual, tetapi bergantung dengan kreativiti anda untuk membentuk kek tersebut.
Terdapat persoalan yang panas mengenai kek, terutamanya dalam hal agama. Adakah kek yang berbentuk binatang boleh di makan? apa hukumnya? Sebenarnya dari sudut hukum, adalah Harus. Sebab tujuan membeli kek tersebut adalah untuk di makan, bukannya di agung-agungkan. Tetapi ingat, selagi kek tersebut di perbuatan daripada bahan yang hala, makan hala lah bagi kita memakannya.
Mudah kan, gambar di bawah adalah koleksi kek yang pelbagai bentuk, yang di hasilkan oleh Luke Vincentini di instagram beliau. -sumber
Tags:
Kisah Inspirasi