Murid Cina Hantar Surat Hargai Makcik Cleaner (3 Gambar)



Seorang murid berbangsa cina telah memberi surat kepada makcik clenaer bagi menghargai tugasnya semasa di sekolah. Sikap budi pekerti seperti ini perlu diterapkan dalam diri setiap individu terutamanya golongan anak muda pada zaman sekarang.

Menurut Khairunnisa Afifah Zamahari di laman Twitternya, dia meluahkan perasaan terharu apabila pekerjaan ibunya sebagai tukang cuci dihargai pelajar berkenaan walaupun berlainan bangsa.

"Saya dan ibu saya berjauhan... saya belajar di Pahang manakala ibu saya di Sarawak. Kebetulan saya nampak ibu ada muat naik status gambar di WhatsApp, caption gambar pun nampak happy aje.



"Ibu saya pun cerita yang dia tak sangka terima surat daripada salah seorang anak murid di sekolah tempatnya bekerja. Ketika ibu sedang bekerja membersihkan tandas, pelajar itu terus bagi kepada ibu saya,"

Sebelum itu, murid perempuan berbangsa Cina ini yang dikenali sebagai Abigail Tan Maxim itu memberi dua pek biskut Oat Krunch kepada ibunya.



Kemudiannya sehari selepas itu, murid tersebut mengirim sepucuk surat menyatakan ucapan terima kasih dan menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh ibunya, Rosiah Kassim.

Rosiah telah berkhidmat selama empat tahun sebagai tukang cuci di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua 4, Kuching, Sarawak.

Wanita berusia 51 tahun ini melaksanakan tugasannya menjaga kebersihan tandas sekolah berkenaan dengan bersungguh-sungguh dan komited.

Selain itu, penuntut Institut Pendidikan Guru, Kuala Lipis, Pahang ini turut memberitahu, ibunya menyatakan perasaan terharu dengan budi pekerti murid perempuan berkenaan walaupun baru berusia sembilan tahun.


Menurut Khairunnisa, ibunya selesa bekerja di sekolah tersebut dengan persekitarannya yang harmoni dan bersih.-sumber


Previous Post Next Post