Melancong Guna Basikal (12 Gambar)


Cara terbaik untuk untuk melihat keindahan semula jadi di luar negara adalah menggunakan basikal. Melancong menggunakan basikal menjadi salah satu kemudahan untuk anda menjelajah malah secara tidak langgsung menggurangkan kos perbelanjaan anda semasa melancong.

Persoalannya, di mana tempat melancong yang boleh menggunakan basikal atau mesra basikal? di sini terdapat 5 negara yang memberi kemudahan berbasikal kepada anda. 



1. Beijing, China



Cara paling murah dan menjimatkan untuk bersiar-siar di Beijing adalah dengan mengayuh basikal malah terdapat servis menyewa basikal di serata tempat di bandar itu.



Pelancong hanya perlu membuat imbasan basikal menggunakan telefon bimbit menggunakan aplikasi untuk membuka kunci basikal.

Bagi yang pertama kali ke Beijing, anda boleh mengayuh di jalan sepanjang 16 kilometer bagi melihat keindahan termasuk tempat menarik seperti Forbidden City, The Egg dan Bird's Nest Stadium.



2. Paris, Perancis



Jika ingin berbasikal di kota cinta ini, Parc Rives de Seine adalah tempat paling sesuai. Kawasan yang diwartakan sebagai Unesco World Heritage itu telah dijadikan lokasi untuk pejalan kaki dan penunggang basikal menikmati keindahannya.




Hentian pertama, cuba makanan di beberapa restoran yang terdapat di situ selain pelbagai aktiviti disediakan.



3. Hoi An, Vietnam



Untuk merasai keindahan desa, bandar Hoi An tidak akan mengecewakan. Anda boleh merasai mengayuh basikal merentasi sawah padi yang hijau dan indah.



Di Hoi An juga landskapnya sangat menakjubkan dengan pemandangan kampung yang menggamit memori, selain sarat dengan budaya tempatan.



4. Florece, Itali





Mengayuh basikal memenatkan? Cuba basikal elektrik di Florence, Itali sambil melihat keindahan bangunan lama dan bersejarah seperti Piazzale Michelangelo, The Duomo dan sebagainya.



5. Melbourne, Australia



Melbourne cukup terkenal dengan budaya berbasikal. Sememangnya anda perlu berbasikal untuk kelihatan seperti orang tempatan ketika menerokai tempat-tempat menarik di sana.


Jika sukakan cabaran apa kata melalui Yarra River bagi merasai pengalaman berada di ladang anggur sebelum menuju ke Warrnambool untuk ke Great Ocean Road. Anda pasti tidak akan menyesal!


sumber

Previous Post Next Post