Seorang lelaki dari negara Jepun telah memecahkan rekod dunia dalam Guinness World Records dengan berjayanya mengumpul koleksi Dragon Ball yang paling terbanyak di dunia, lelaki ini dikenali sebagai Hitoshi Uchida.
Menurut Hitoshi, dia menjadi peminat Dragon Ball sejak kecil lagi dan pada masa itu juga dia sering membeli barangan yang berkaitan dengan kartun kegemarannya. Kini beliau telah mengumpul koleksi Dragon Ball lebih kurang 10,098 barang dan sekali gus mendapat guinness world records, kerana mempunyai koleksi terbesar Dragon Ball.
Cuba bayangkan berapa banyak wang yang telah dia belanjakan untuk koleksinya.
Menurut Hitoshi, watak kartun utama dalam cerita Dragon Ball iaitu Son Goku telah menjadi inspirasinya untuk mengatasi rasa takutnya terhadap hantu semasa kecil.
"Apabila saya ketakutan, saya membayangkan suara Son Goku semasa saya cuba tidur," katanya. "(Goku) membantu saya mengatasi ketakutan saya."
Kini Hitoshi sudah menjadi pemegang rekod dunia. Dan matlamatnya yang seterusnya adalah untuk bertemu dengan Masako Nozawa, seorang wanita jepun yang menyuarakan watak utama Dragon Ball Goku dalam anime tersebut.-sumber
Tags:
Berita