Pada zaman ini pelbagai jenis kerusi kereta bayi telah dikeluarkan, namun begitu mereka perlulah mengikut standar dan mematuhi peraturan keselamatan yang ketat bagi membuat kerusi kereta bayi ini.
Untuk pengetahuan anda pada tahun 1933 tujuan kerusi kereta bayi dibuat adalah untuk mengurangkan pergerakan bayi semasa di dalam kereta dan kerusi kereta bayi yang pertama dicipta adalah oleh syarikat yang dikenali sebagai bunny bear.
Namun begitu pada tahun 1960 kerusi ini mulai lengkap dengan bentuk tambahan seperti tempat botol susu dan tempat letak makan yang diperbuat daripada Polipropilena atau polipropena (PP).
Polipropilena adalah merupakan satu polimer termoplastik , yang dibuat oleh industri kimia dan digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi, termasuklah pembungkusan makanan, tekstil, bahagian-bahagian plastik dan pelbagai jenis bekas barang yang boleh digunapakai.
Pada mulanya, keselamatan bagi kerusi kereta bayi ini tidaklah diutamakan sehinga pada awal 1970 an apabila sebuah syarikat General Motors mengeluarkan kerusi kereta bayi yang dikenali sebagai Infant Love Seat dan Ford Motor Company mengeluarkan Tot-Guard.
Pada tahun 1971 The National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), telah menetapkan piawaian pertama untuk kerusi kereta bayi. Pemandu dikehendaki menggunakan tali pinggang keledar standard semasa menggunakan kerusi kereta bayi. Namun begitu piawai ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Menjelang tahun 1980-an ibu bapa mulai merasa bimbang terhadap keselamatan anak mereka semasa menggunakan kerusi kereta bayi. Maka undang baru telah dibuat dengan menyatakan usia bayi yang sesuai untuk menggunakan kerusi kereta bayi ini.-sumber
Gambar di bawah ini adalah jenis kerusi kereta bayi pada zaman dahulu.
Tags:
info