5 Barang Yang Dilarang Diambil Oleh Para Pelancong




Terdapat sesetengah negara yang melarang para pelancong membawa barangan yang tertentu untuk dibawa ke negara asal mereka, terutamanya barang hak milik negara tersebut.

Larangan ini perlu dilaksanankan bagi memastikan harta negara tersebut tidak mudah dibawah keluar, terutamanya pada para pelancong. Seperti mana sebelum anda berlepas untuk balik ke negara asal anda, pegawai imigresen akan memeriksa barang yang anda bawah. Dan jika terdapat sesuatu yang pelik, yang ditemui oleh pihak berkuasa. Maka mereka akan merampasnya dan ada yang lebih teruk, anda akan disoal siasat oleh pihak berkuasa. 

Adakah anda ingin disoal siasat? contohnya seperti negara Mesir dan Turki.  Pihak kerajaan tempatan tidak membenarkan para pelancong membawa barang seperti kerang dan batu kerikil. Atas sebab ianya peninggalan sejarah bagi negara tersebut.

Jadi anda perlu mengambil tahu perkara seperti ini, di bawah ini adalah 5 barangan yang dilarang diambil oleh para pelancong.


1. Pakaian



Rama pelancong yang ingin balik ke negara asal mereka dengan membawa cenderahati dari negara yang mereka lawati. Bukan semudah itu, bagi negara Itali dan Perancis perkara ini amat dititik beratkan.

Oleh kerana negara ini pusat fesyen pakaian yang sangat prihatin terhadap reputasi mereka. Kerajaan mengambil keputusan untuk melarang para pelancong membawa barang berjenama palsu dan pakaian dari negara tersebut.

Di Itali pula, pelancong yang melangar arahan ini boleh dikenakan denda sebanyak 7,000 euro atau RM 32,317.63 sahaja. Sekirannya anda membeli-belah di kawasan Milan dan Paris, dinasihati anda agar meminta kedai tersebut memberikan dokumen yang diperlukan, yang membuktikan pembelian anda adalah sahih.



2. Benda Yang Diperbuat Dari Kulit



Dompet, tali pinggang, beg dan kasut atau apa-apa yang dibuat dari kulit buaya atau burung unta, adalah dilarang dibawa pulang dari  negara Brazil atau Vietnam.

Mujur terdapat pengecualian barangan, iaitu barangan yang dibeli di kedai perlu ada surat khas dan anda mesti menunjukkan kepada pegawai kastam bagi mengelek anda daripada ditahan.

Seperti negara Brazil, jika anda didapati cuba membawa dompet yang terbuat dari kulit buaya maka anda akan menerima hukuman penjara selama setahun.

Untuk pengetahuan anda peraturan ini juga digunakan untuk semua negara anggota CITES. CITES ini bermaksud Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora, perjanjian  antara kerajaan-kerajaan antarabangsa yang dirangkakan hasil resolusi yang diterima di mesyuarat Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN) pada tahun 1973.




3. Buku Perpustakaan



Dilarang mengambil sebarang buku perpustakaan di negara Tajikistan tanpa kebenaran. Sementara itu, di negara Cuba pula buku-buka yang anda bawa, akan diperiksa untuk memastikan buku tersebut tidak mempunyai stempel dari perpustakaan negara atau perpustakaan tertentu.


Manakalah pula di negara Itali pula, pastikan anda tidak membawa buku yang lebih daripada 50 tahun usianya.Sekiranya anda  mendapati membawa buku ini, maka mereka akan merampasnya, kerana buku itu dianggap sebagai nilai sejarah bagi negara tersebut.



4. Aksesoris Wanita



Gelang, loket atau kerongsang boleh dirampas di negara Mexico dan Brazil. Namun begitu peraturan ini tidaklah digunapakai kepada barang aksesori. Pegawai kastam hanya akan menangkap anda jika mereka mendapati anda mempunyai barangan yang diperbuat daripada kerang kura-kura, bulu atau gading.



5. Ubat



Hampir semua negara mempunyai peraturan mengenai eksport ubat. Sekirannya anda membawa ubat, sila pastikan ubat ini tidak dibuka dan nama ubat ini mesti jelas. Semua ubat juga mesti mempunyai preskripsi doktor.

Di samping itu, jangan cuba mengambil ubat tradisional dari China yang bernilai lebih daripada 300 yuan atau dalam RM 176.66, kerana pegawai kastam china akan mengketogorikan sebagai aktiviti eksport ubat.

sumber

Previous Post Next Post