Jepun semakin maju, baru-baru ini saintis jepun telah menemui cara mudah bagaimana menentukan jantina anak dengan cara memisahkan sperma yang membawa kromosom X daripada yang membawa kromosom Y. Mereka telah melakukan experience ini pada tikus makmal. Dan menjadikan hasrat untuk menentukan jantina anak semakin menghampiri ke realiti, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kajian.
Kajian yang telah disiarkan dalam jurnal PLOS Biology bahawa sejenis bahan kimia boleh menjadikan sperma yang membawa kromosom X berenang lebih perlahan tanpa menjejaskan kesuburan, sekali gus menyaring mereka daripada sperma yang membawa kromosom Y.
Kebanyakan sel mamalia jantan mengandungi kedua-dua kromosom X dan Y namun semasa perkembangan sperma, kromosom X dan Y diasingkan kepada sel berbeza jadi sperma individu akan membawa sama ada kromosom X sahaja atau Y, dengan X untuk anak perempuan manakala Y bagi anak lelaki.
Penyelidik dari Universiti Hiroshima mendapati bahawa kromosom X membawa lebih banyak gen berbanding kromosom Y dan sesetengah gen ini kekal aktif dalam sperma yang semakin matang.
Dalam kalangan 500 gen yang aktif dan mengandungi sperma, sejumlah 18 gen ditugaskan untuk mengekod penerima, yang mungkin berpotensi digunakan bagi memanipulasi sperma, menurut kajian itu.
Teknik ini memudahkan pemilihan jantina sama ada bagi kaedah persenyawaan vitro (IVF) atau permanian.
Bagaimanapun, penulis kajian itu Masayuki Shimada dari Universiti Hiroshima mengakui bahawa penggunaan kaedah ini dalam teknologi reproduktif manusia adalah spekulatif buat masa ini, dan membabitkan isu etika yang tidak terpengaruh dengan utiliti teknik baharu ini.-sumber
Tags:
info