Menjadi ibu bukanlah pekerjaan yang mudah, banyak tanggungjawab yang harus ditanggung oleh seorang ibu. Sebagai Ibu bukan sahaja membesarkan anak , tetapi juga mendidiknya dengan baik. Para wanita seluruh dunia seharusnya berbangga dengan keupayaan mereka, walaupun kaum lelaki dianggap kuat, tetapi mereka mungkin tidak dapat melaksanankannya dengan baik tanpa wanita.
Seorang ibu bukan sahaja melahirkan tetapi juga memberi kehidupan kepada anak-anak. Ibu akan menyediakan semua keperluan anaknya, malah sanggup hilangkan perasaan ego dan keinginan demi anak-anak. Kerana itulah ibu sangat dimuliakan dan harus dihormati.
Selepas mempunyai anak, jiwa ibu akan keluar secara semula jadi. Walaupun mereka mungkin pernah menjadi tomboy, setelah menjadi seorang ibu, mesti akan ada perubahan sikap. Seorang ibu akan menjadi lebih lembut, sabar, lebih hormat dan inilah yang membuat mereka lebih istimewa. -sumber
Menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang paling terindah dan berharga dalam kehidupan bagai kaum wanita. Gambar di bawah adalah kehidupan seorang ibu bersama anaknya, nampak perit, sensara teteapi itulah ibu anda. Hargai mereka...
Tags:
Kisah Inspirasi