Kebakaran hutan hujan di Amazon kali ini menjadi perhatian dari seluruh dunia. Malah, hashtag #PrayforAmazon telah mendahului topik tren dunia di laman sosial Twitter. Tentu anda tertanya-tanya, kenapa pentingnya hutan di Amazon ini sehinggakan menjadi perhatian dari seluruh dunia?
Untuk pengetahuan anda hutan hujan di kawasan Amazon ini memainkan peranan penting dalam memperlahankan pemanasan global. Hutan yang digelar sebagai paru-paru dunia ini dikatakan boleh menghasilkan 20% oksigen untuk atmosfera.
Menurut Institut Penyelidikan Angkasa Brazil, INPE kebakaran yang melanda Amazon pada tahun ini meningkat 80% berbanding tahun lepas 2018. Ini menunjukkan bertapa teruknya keadaan kebakaran yang berlaku di hutan hujan amazon kali ini. Menurut INPE juga, setiap minit kebakaran yang berlaku di Amazon akan mencapai keluasan lebih dari setengah padang bola sepak.-sumber
Gambar dibawah adalah kebakaran yang telah melanda hutan hujan di Amazon Brazil. Semoga kebakaran ini dapat dipadamkan secepat mungkin.
kebakaran di kawasan hutan hujan Amazon berdekatan Porto Velho, Rondonia State, Brazil.
Imej satelit menunjukkan asap dari kebakaran hutan hujan Amazon di Negeri Rondonia.
Pemandangan udara memperlihatkan hasil kebakaran hutan hujan di Amazon
Kebakaran di kawasan hutan hujan Amazon
Pemandangan dari udara proses kayu balak secara haram yang dikutip hasil dari hutan hujan Amazon berhampiran Humaita, Amazonas State, Brazil.
Tags:
Berita