Serangan jantung akan berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen tiba-tiba tersekat untuk masuk ke dalam jantung, jantung tidak dapat berfungsi tanpa oksigen. Sekirannya aliran darah tidak dipulihkan dengan cepat, sebahagian dari otot jantung akan mulai mati. Serangan jantung, yang juga dikenali sebagai infarksi miokardium adalah kejadian kecemasan yang boleh membawa kesan yang teruk jika tidak dirawat dengan segera.
Apakah tanda-tanda awal serangan jantung semasa tidur yang perlu anda ketahui?
1. Kesukaran tidur dengan nyenyak
Jika anda mengalami gangguan tidur kebelakangan ini mungkin anda mengalami tanda pertama serangan jantung. Namun tidak semestinya, ini kerana mungkin anda terlalu letih sehinggakan sukar untuk tidur. Tetapi sekiranya perkara ini berterusan, anda perlu berjumpa dengan doktor mungkin ianya berkaitan dengan kesihatan jantung anda.
2. Berpeluh berlebihan pada waktu malam
Terlalu berpeluh pada waktu malam walaupun cuaca tidak panas adalah tanda awal akan berlakunya serangan jantung, terutama pada wanita. Walau bagaimanapun, gejala serangan jantung semasa tidur sering dianggap sebagai gejala menopaus. Tetapi sekirannya anda masih muda, dan mengalami gejala ini lebih baik berjumpa dengan doktor segera.
3. Denyutan jantung yang tidak normal
Jika anda bangun pada waktu pagi dan kemudian merasakan degupan jantung anda tidak normal atau tidak seperti biasa, maka anda perlu berjumpa dengan doktor segera. Ini disebabkan, degupan jantung yang tidak normal boleh menjadi tanda-tanda awal serangan jantung. Sekiranya kadar jantung tidak normal selama 5 minit, segera pergi ke hospital kecemasan, kerana keadaan ini boleh membahayakan nyawa anda.
Sakit di dada adalah tanda paling biasa kita dengar. Walau bagaimanapun, ia sering muncul dengan kesakitan yang tidak seberapa, namun begitu ramai orang mengabaikannya. Sebenarnya tanda ini lah yang boleh ditafsirkan sebagai tanda awal serangan jantung yang mungkin anda akan hadapi.
5. Tubuh sakit
Pesakit yang mengalami masalah jantung, biasanya akan mengalami ketidakselesaan pada seluruh badan, terutamanya dibahagian tangan, leher, belakang, dan perut. Sekiranya anda mengalaminya selalu atau kerap kali maka segera berjumpa dengan doktor anda.
Sumber
Tags:
info