Misai dipercayai menjadi kebanggaan setiap lelaki sekiranya dia memilikinya. Misai yang tidak dipelihara dengan baik pasti kelihatan pelik, lucu, unik dan ada yang berpandangan jijik. Ini yang dah terlampau, tetapi tahukah anda bahawa purat lelaki yang memiliki misai akan menyentuh misainya lebih daripada 700 kali setiap hari?
Bolehkah misai dipelihara? Dari segi pandangan islam mengenai misai sama ada boleh dipelihara atau sebaliknya. Para ulamak mempunyai beza pandangan mengenainya. Terdapat 3 pandangan ulamak iaitu :
Pandangan pertama
menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali; yang terbaik ialah mencukurnya (yakni membuang habis).
Mereka berdalilkan beberapa sabda Nabi s.a.w. antaranya;
جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut pandangan ini; Perkataan al-jazz dalam hadis di atas memberi makna menggunting misai dan bulu hingga sampai ke kulit.
Di dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda;
خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Berkata Imam Ibnu Hajar; perkataan al-Jazz dan al-Ihfa’ menunjukkan kepada tuntutan agar bersungguh-sungguh dalam membuang misai. Al-Jazz bermaksud; menggunting hingga ke kulit. Al-Ihfa’ pula bermaksud; membuang habis. Kerana itu Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mensunatkan dibuang habis misai dengan mencukurnya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 3586. Tuhfah al-Ahwazi)
Pandangan kedua
Menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki; yang disunatkan hanyalah mengguntingnya sahaja supaya kelihatan bibir mulut (yakni menggunting bahagian yang memanjang ke atas bibir mulut). Adapun mencukurnya adalah dilarang, di mana hukumnya adalah makruh.
Dalil mereka ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;
Nabi menggunting sebahagian misainya dan berkata; “Nabi Ibrahim melakukannya” (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib).
Imam al-Baihaqi meriwayatkan (dalam Sunannya) dari Syurahbil bin Muslim al-Khaulani (seorang Tabiin) yang menceritakan;
Aku telah melihat 5 orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Umamah, Abdullah bin Bisr, Utbah bin Abd as-Sulami, al-Hajjaj bin ‘Amir dan al-Miqdam bin Ma’di Yakrib, mereka menggunting misai selari dengan pangkal bibir mulut”. (al-Majmu’, Imam an-Nawawi).
Mengenai hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh pandangan pertama tadi, dijawab; yang dimaksudkan oleh Nabi dengan ucapannya “…buanglah misai..” bukanlah membuang keseluruhannya, akan tetapi membuang sebahagiannya sahaja (iaitu yang melepasi ke bibir mulut) sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi tadi.
Pandangan ketiga
Menurut Imam Ibnu Jarir at-Tabari; harus kedua-duanya, yakni kita boleh memilih sama ada hendak mengguntingnya sahaja atau mencukurnya kerana kedua-duanya sabit di dalam hadis Nabi s.a.w.-Sumber
Jadi pada sesiapa yang memiliki misai perkemaskanlah biarlah ianya nampak kemas, jangan keterlalauan seperti gambar di bawah ini gaya misai yang lucu dari seluruh dunia.
Tags:
Lawak/Lucu
meremang roma tengok misai yg last sekali tu. agak kalau selisih boleh luka tu
ReplyDeleteyg last tu, bole buat sangkit baju
ReplyDelete