7 Gambar Yang Anda Tidak Pernah Lihat



Mungkin ramai antara kita yang tidak pernah melihat gambar dibawah ini. Walau pun ianya hanyalah gambar biasa, tapi mungkin ini dapat membantu anda memahaminya lebih mendalam. "ooo..begini rupanya".

Sebenarnya penulis ohsenyum pun baru tahu perkara ini, jadi soalan pertama adakah anda pernah lihat sepenuhnya kaki burung hantu? Burung hantu adalah spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam. Wajah burung hantu berbeza dengan burung lain, ianya berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

Jambatan merupakan satu struktur yang dibina untuk menyeberangi  rintangan  contohnya sungai.  Pernah nampak macam mana tiang jambatan di buat?

Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya dan merupakan gunung tertinggi di dunia setinggi 8850 meter. Tetapi pernahkah anda lihat pucak Everest sekarang?


Pernah nampak lutut Penguin? Sebenarnya, kaki penguin terdiri daripada empat bahagian: tulang paha, lutut, tibia, dan fibula - tulang yang sama yang membentuk kaki anda. Apabila dilihat dari luar mengapa kaki mereka kelihatan begitu pendek? Ini kerana kaki atas penguin ditutup dengan bulu.


Pernah nampak tak ekor gajah? Untuk pengetahuan anda di Vietnam, etnik minoriti M'nong dan Ede di wilayah Dak Lak - yang digelar "kerajaan gajah" disebabkan oleh  Penghormatan rohani terhadap haiwan tersebut.
 Menurut legenda, orang yang terjumpa rambut ekor gajah secara kebetulan di lantai rumah atau di hutan dianggap sebagai bernasib baik. Tetapi malangnya, legenda ini telah disalah gunakan dan dijadikan sebagai perniagaan untuk menjual helai helai rambut gajah kepada orang ramai.

Paru-paru merupakan organ dalam sistem pernafasan. Ia berfungsi untuk menukar oksigen menjadi karbon dioksida proses ini dikenali sebagai pernafasan. Persoalannya pernahkah anda melihat bentuk paru-paru kuda???


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post