Gadis ini dilihat sebagai lemah lembut dan pandai menjahit tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang 'ganas' dan berani. Disebabkan keberaniannya gadis ini berjaya menewaskan ular dengan hanya menggunakan senduk.
Gadis yang dikata ini dikenali sebagai Amalina Saharudin seorang gadis lasak dan memiliki hobi yang jarang-jarang diminati oleh kaum hawa iaitu memelihara haiwan eksotik. Minatnya dengan haiwan eksotik ini "tempias" daripada bapanya yang dikenali sebagai Saharudin Jalal, seorang yang pernah berkhidmat sebagai pegawai veterinar di Zoo Negara.
Menurut Amalina "Memang dari kecil lagi minatnya terhadap binatang berbisa dan sebelum ini pernah bela kala jengking, ular sawa dan lain-lain."
"Ketika itu saya sedang menjaga anak buah berusia tiga tahun dan semasa saya tinggalkan dia sekejap untuk ke dapur tiba-tiba nampak seekor ular seperti ular senduk dah ada dekat dengan anak buah saya, kepala ular itu pun dah menegak.
"Tak fikir panjang saya capai apa yang dekat dengan tangan, ada senduk besar dan terus baling ke arah ular itu.
"Balingan tepat dan kepala ular itu longlai, saya terus ambil senduk yang sama dan memukulnya sekuat hati.
"Kebetulan hari tu mood saya tak berapa baik, jadi ular tulah jadi mangsa lepas geram saya," ujarnya.
Menurut Amalina yang bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah, ketika insiden mengejutkan itu, dia sebenarnya lebih memikirkan keselamatan anak buahnya.
"Ramai yang komen di twitter "tak elok bunuh ular dalam rumah dan macam-macam lagi"
"Kalau ular tu masuk tak ada budak kecil mungkin ada cara lain menghalaunya, tapi masa tu keselamatan anak buah saya lebih utama.
"Lagipun saya tidak percaya dengan benda-benda karut itu semua. Memandangkan rumah nenek saya di kawasan bendang dan ketika ini musim panas, tentu akan ada binatang berbisa cari tempat sejuk kerana ia memang perkara yang dah biasa terjadi sebelum ini," kata pereka fesyen di ibu kota ini.-sumber
Tags:
Berita