10 Gambar Pasangan Selebriti Yang Kekal Sehingga Hari Ini


Cinta sejati jarang kita ditemui, terutama di dunia selebriti, termasuklah di negara kita Malaysia. Tetapi tidak semua selebriti mengalaminya, ada yang kekal sehingga hari ini. Gambar dibawah adalah pasangan selebriti yang kekal sehingga hari ini.




Will Smith bertemu Jada Pinkett pada tahun 1994,  apabila Jada  cuba mengikuti uji bakat peranan sebagai teman wanita Will Smith dalam siri The Fresh Prince of Bel-Air. Jada tidak mendapat peranan tersebut, tetapi dia menjadi teman wanita Will Smith dalam kehidupan sebenar pada tahun 1995 dan menjadi seorang isteri  pada tahun 1997. Gambar di atas menunjukkan pada tahun 1999, 2 tahun selepas mereka berkahwin.



Mereka telah bersama selama 23 tahun dan telah berjaya mengekalkan kehidupan kekeluargaan mereka, walaupun terdapat banyak gosip di sekeliling mereka. Mereka juga mempunyai 2 anak-anak Jaden yang berusia 20 dan Willow berusia 18 manakala Trey Smith berusia 26 tahun adalah anak Will smith bersama bekas isterinya iaitu Sheree Zampino. Anak Will Smith sememang popular dan sering muncul di atas karpet merah bersama Will Smith dan Jada Pinkett yang menjadikan mereka salah satu keluarga Hollywood yang paling terkenal.




Barack Obama, 28, dan Michelle Robinson, 25, bertemu pada 1989 di firma undang-undang Sidley Austin LLP. Gambar di atas diambil pada tahun 1989, tahun yang mereka jumpai.


Terdapat filem romantis yang bertajuk Southside with You (2016) mengenai permulaan hubungan Barack Obama bersama isterinya. Pasangan ini tekah berkahwin pada tahun 1992 sehingga kini iaitu 26 tahun lamanya. "Barack Obama tidak menjanjikan kekayaan, hanya kehidupan yang menarik" katanya pada isterinya. 



Pelakon berusia 62 tahun iaitu Tom Hanks dan Rita Wilson, adalah salah seorang pasangan yang paling disukai dalam industri filem di hollywood. Cerita cinta mereka bermula pada siri TV yang bertajuk Bosom Buddies, pada tahun 1981. Gambar di atas diambil pada tahun 80an ketika mereka hanya kawan sekerja.


Pada tahun 1988, pasangan ini telah berkahwin sehingga sekarang iaitu 31 tahun. Gambar di atas diambil pada tahun 2019, iaitu 31 tahun selepas mereka berkahwin.



Walaupun perbezaan usia mereka 7 tahun, pelakon Thor Chris Hemsworth berusia 35 tahun dan pelakon negara Sepanyol, Elsa Pataky berusia 42 tahun (filem popularnya Fast & Furious 5) telah membentuk salah satu kisah cinta Hollywood yang paling menarik di media sosial.  Pasangan ini bertemu pada awal 2010 dan selepas 3 bulan kemudian mereka berkahwin . Gambar di atas diambil pada tahun 2011, kurang dari 6 bulan selepas perkahwinan mereka.


Menurut temu bual pada tahun 2015 Chris berkata bahawa sikap isterinya Elsa terhadap kehidupan menjadikan Chris menyukainya. Sekarang mereka mempunyai cerita cinta yang berlangsung selama hampir satu dekad dan hasil daripada perkahwinan mereka di kurniakan 3 orang anak.



Bintang filem terkenal Robert Downey Jr dikenali sebagai Ironman dan isterinya Susan Levin juga seorang pelakon. Mereka bertemu pada set filem Gothika pada tahun 2003. Sayangnya pasangan ini kabarnya mulai bermasalah diharapkan mereka tidaklah bercerai. Mereka telah bersama selama 16 tahun. Gambar di atas menunjukkan pasangan pengantin perempuan pada tahun 2005, beberapa bulan selepas perkahwinan mereka.


Robert pernah berkongsi perasaannya semasa temubual dalam program The Oprah Winfrey Show pada tahun 2004 dan dia berkata bahawa Susan seperti sahabat baiknya. Sementara itu, Susan berkata bahawa dia tidak pernah bosan dengan Robert.

Sumber
Previous Post Next Post