Mujurlah restoran negara kita tidak sampai ke tahap macam ini, rantai pelanggan elak daripada makan free. Kes ini berlaku di Peru yang mencetuskan kontroversi di media sosial di seluruh dunia. Seorang emigran dari Venuzuela mendakwa dirinya telah dirantai pada kerusi di sebuah restoran di Peru bagi mengelakkanya daripada meninggalkan premis tanpa membuat bayaran.
Menurut seorang wartawan di Twitter, dia mendakwa seorang lelaki mengambil gambarnya sendiri selepas dirantai pada kerusinya dan lelaki itu meminta gambar wajahnya dikaburkan kerana bimbang keselamatannya di Peru.
Lelaki tersebut tidak tahu yang dirinya akan dirantai pada kerusinya sehingga seseorang membawa rantai kepadanya.Dia hanya mengambil gambar-gambar sebagai bukti dan kemudian meninggalkan restoran tersebut.
Tags:
Berita