7 Gambar Rupa Pesawat Membawa Yang di-Pertuan Agong ke-16

Pesawat khas Airbus A319CJ yang diterbangkan Kapten Sumar Lee bersama rakan setugasnya Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil adalah pesawat yang membawa Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Kuantan, Pahang ke ibu negara.

Penerbangan yang mengambil masa selama kira-kira 35 minit itu berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan anda Airbus bermula sebagai pengilang pesawat komersil, tetapi selepas kerjayaan demi kejayaan. Airbus mulai membuat pesawat, dalam sektor jet persendirian dan pesawat A319CJ adalah sebahagian daripada keluarga jet A320.



A319CJ adalah versi yang sedikit diubahsuai daripada A319. Pesawat A319CJ direka untuk ketua-ketua negara dan eksekutif korporat atasan. Kabin biasanya dibahagikan kepada tempat tinggal VIP, lengkap dengan pejabat, bilik mandi dan katil serta tempat duduk penumpang yang selesa.




Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post