7 Gambar Beza Zaman Dulu Dan Sekaran


Banyak perubahan yang kita alami tanpa sedar. Sekiranya anda lahir pada tahun 80 an, anda akan lihat perbezaannya zaman kanak-kanak dahulu dan sekarang. Dulu semua kita kena usaha sendiri, nak tukar chanel tv pun kena gerak ke tv, sekarang hanya guna remote control. Tapi dengan cara begitulah kita di didik sehingga kini,kita sudah biasa dengan kesusahan, berbeza dengan zaman "now". Dan mereka juga akan bakal merasai bertuahnya di zaman mereka apabila mereka bandingkan zaman yang akan datang.

Perubahan teknologi lah yang membuat manusia berubah, semakin hari semakin banyak teknologi yang akan membuat manusia menjadi "malas". Maksud "malas" disini bukanlah dari segi keburukkan, teknologi ini hanya lah membantu manusia menjalani kehidupan seharian lebih mudah. Tetapi sekiranya ia disalah gunakan,menyebabkan kita semakin malas. Contoh smart phone, pernah dengar tak penyakit phubbing?? apabila anda sedang bercakap dengan rakan anda, dan rakan anda mendengar sambil menyemak teks di smartphonenya, itulah penyakit phubbing. Harap anda tidak seperti itu, kan?












Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post