Ini adalah perkara yang biasa kita dengar
mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa atau pun kurangkan pahala
puasa.Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah
dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk
disemak semula. Antaranya ialah :
1. Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh
kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang
bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh
riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda
ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang
diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam
sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan
kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan
air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau
panas.”
2. Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa
puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut,
sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga
ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat
Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam
rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan
apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Ada banyak lagi…jom baca…Klik Sini
Tags:
info