Bulan Puasa Ini Makan Dulu Atau Solat Dulu??


Dalam bulan Ramadan ataupun ketika berbuka puasa, soalan ‘solat dulu ataupun makan dulu’ sering kedengaran.Ini terutama dalam keluarga yang ada ramai ahli terutama anak-anak yang masih kecil yang dilatih berpuasa. Juga soalan ini kedengaran apabila kita dijemput berbuka puasa di rumah orang lain yang ingin melayan kita.

Makan Dulu

Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati penegasan yang sebaliknya. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).



Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post