Mesti anda tertanya-tanya siapa Muhammad Ezzwan? dan apa yang menariknya lukisan Muhammad Ezzwan ini? Kalau anda nak tahu, kisah Muhammad Ezzwan pernah viral di media sosial pada bulan Julai dan Ogos tahun 2019. Apabila lukisannya yang dimuat naik di laman Twitter, menjadi perhatian dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika itu.
Instagram @ezzwanmardzi |
Inilah lukisan yang dihasilkan oleh Muhammad Ezzwan, gambar lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengoklah hasil lukisan beliau, tidak hairanlah Raja Permaisuri Agong pun menyukainya. Jom kita kenali Ezzwan, nama sebenar Ezzwan adalah Muhammad Ezzwan Mohd Mardzi, yang berusia 30 tahun, berasal dari Petaling Jaya dan kini menetap di Sungai Buloh.
Hasil temubual oohsenyum, menurut Ezzwan, "saya ini berasal dari keluarga seni, ayah saya seorang pelukis, begitu juga abang dan kakak saya. Walaupun begitu, saya sering dimarahi ayah apabila cuba melukis. Pada beliau, seni kurang menjamin masa depan. Tapi, oleh kerana minat dan bakat yang mengalir dalam darah saya, saya tak dapat berbuat apa- apa, saya hanya mampu jalan terus." katanya.
Oleh kerana minatnya yang mendalam tentang karya seni dan ingin mendapatkan pendidikan yang ‘proper’ tentang apa itu seni., maka Ezzwan meneruskan pembelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi, di Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, UIAM.
Selepas tamat pengajian pada 2014, beliau mula “explore” stail lukisannya agar lebih tersendiri. Sehinggalah tahun 2017, lahirlah sebuah platform karya seni beliau yang dikenali sebagai SeniPeople. Untuk pengetahuan anda, Muhammad Ezzwan juga sedia menerima tempahan lukisan potret kepada sesiapa yang berminat dengan menghubungi beliau melalui whatsapp 0133205477, atau pm Ezzwan di laman Instagramnya @ezzwanmardzi.
Gambar di bawah ini adalah hasil karya seni lukisan Muhammad Ezzwan yang sangat menarik, unik, dan mengagumkan. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bangga dengan karya seni anak muda ini, bukan mudah menghasilkan lukisan potret menggunakan teknik scribble sketch.
Instagram @ezzwanmardzi |
Wajah Perdana Menteri Malaysia Dari tahun 1957 hingga 2018
Instagram @ezzwanmardzi |
YBhg. Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Instagram @ezzwanmardzi |
Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Instagram @ezzwanmardzi |
Instagram @ezzwanmardzi |
Instagram @ezzwanmardzi |
Dato' Mohamad Nasir bin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Dato' M. Nasir ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Malaysia kelahiran Singapura.
Instagram @ezzwanmardzi |
Instagram @ezzwanmardzi |
Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita merupakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu'. Wany berasal dari Bagan Datoh, Perak, dan kini menetap di Kuala Lumpur.
Instagram @ezzwanmardzi |
Muhammad Khairul bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang pelakon dan penyanyi lelaki dari Malaysia
cantik dan kemas
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteserius unik, terbaik seni ni..
ReplyDelete